BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 5 Julai 2011, 1:50 p.m.

Sejarah terpenting pada hari Selasa: Mie tertolak Wani sampai terjatuh atas kerusi. (sebaik bukan atas lantai). Dan menghasilkan bunyi yang 'AGAK' kuat. Bila dah terjatuh, Wani terus jadi baik. Panggilan terus ditukar. KAU AKU --> AWAK KITA. Contoh ayat: -->
--**Awak, tak baiklah duduk macam gini. Kita kan perempuan. Mesti kena duduk sopan.

Disebabkan si Wani ni terlalu baik haritu, Mie tension gila. Maka, dia pun tutup mata Wani.

WANI:: Awak, awak nak main sorok-sorok eh? Awak, kita ni kat kelas lah. Tak baik bermain kat dalam kelas.
MIE:: Asal kau ni Wani?
WANI:: Awak kenapa tutup mata kita? Kenapa awak buli kita? Kita tak kacau awak pun.
DANIA:: *ketawa gila-gila*
WANI:: Awak! Janganlah buli kita!

*masa balik.

WANI:: Awak, kita balik dulu eh. Assalamualaikum
*biasanya~> beb, gwa chao dulu k!
MIE:: *dah cuak dengan Wani*

*malam, (time mesej dengan Dania)

Dania: Wei, esok nak kena bawa buku teks B.I. tak? Esok beg beratlah.
Wani: Assalamualaikum, kita bawa je. Tak baik tak bawa buku.
Dania: Laa, kau punya 'baik' ni belum hilang lagi eh?
Wani: Ok lah awak. Kita nak tengok PERSONAL TASTE lah. Kan tak baik menggangu kebahagiaan orang. Assalamualaikum.

*Dania terus tak balas. Mungkin dia risau penyakit baik Wani tak baik.

--> RABU, 6 JULAI 2011. (SEBELUM PERHIMPUNAN)

*Wani dah ok!*

~> HaPPy EnDinG <~